Fasa pertama projek landasan berkembar elektrik selesai

Logo PAK

KUALA LUMPUR 20 Mei – Syarikat yang berpangkalan di India, IRCON International Ltd, sudah menyiapkan projek fasa satu landasan berkembar elektrik antara Seremban dan Gemas.

Ia berkata, kontrak itu diluluskan oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) pada 2008 untuk pembinaan dan penjayaan projek itu.

Fasa satu membabitkan pembinaan trek berkembar dari Seremban ke Sungai Gadut dan pembinaan dua stesen baharu di Senawang dan Sungai Gadut, yang sudah disiapkan pada 30 April.

Penjayaan fasa satu projek itu akan membolehkan KTMB menawarkan perkhidmatan tren komuter dari dua lokasi itu ke Lembah Klang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Fasa dua projek itu meliputi Sungai Gadut dan Gemas yang dijadual siap pada separuh kedua tahun depan. – Bernama -

(sumber: www.utusan.com.my)

 
Total Visitor : 25423