IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bertegas tidak akan membayar sesen pun berhubung pampasan tanah seluas 94.5 hektar berjumlah RM37 juta yang diminta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di kawasan setinggan Kuala Sepetang, Taiping.
Katanya, apa yang dibuat di kawasan itu untuk membantu penduduk setempat yang kebanyakannya setinggan.
“Mereka (KTMB) sendiri pun mengetahui perbincangan yang dibuat sebelum ini adalah mencari jalan terbaik bagaimana membantu rakyat. Jadi… apabila awak (KTMB) minta daripada kerajaan… apa cerita ni,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini, semalam.
Zambry yang mengesahkan menerima surat berhubung ‘tuntutan’ itu daripada KTMB berkata, pihaknya meminta KTMB tidak membuat kenyataan sebarangan bagi mengelak timbul kekeliruan.
Diminta mengulas penafian KTMB mengenai pembabitan mereka dalam menentukan harga tanah itu (Kuala Sepetang), Zambry menasihatkan syarikat berkenaan lebih berhati-hati membuat kenyataan.
Sumber : Berita Harian
Last Update : 17 May 2012 @ 12:43 pm