IPOH 8 Nov. – Pintu pagar kereta api di Jalan Taiping, Parit Buntar akan ditutup mulai esok sehingga 30 Jun 2012 untuk kerja-kerja pembinaan jejambat baru Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar.
Kontraktor utama projek tersebut, MMC-Gamuda Joint Venture (MGJV) dalam satu kenyataan di sini memberitahu, jejambat tersebut bagi menggantikan lintasan rata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kata kenyataan itu, jalan akan dilencongkan melalui pintu pagar kereta api sementara di Pekan Baru, Parit Buntar memasuki Jalan Abdul Raof ke jalan pintas baru berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah untuk ke arah utara.
”Orang ramai diminta menggunakan laluan-laluan alternatif dan arahan papan tanda bagi mengelakkan kesesakan di pusat bandar. Segala kesulitan amat dikesali,” kata kenyataan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi MGJV di talian 1-300-80-1999. -UTUSAN-
Last Update : 17 May 2012 @ 12:43 pm