BUKIT MERTAJAM 14 Nov. – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melancarkan Bank Buku di stesennya di sini bagi membolehkan orang ramai menyumbang bahan bacaan di situ.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz di sini baru-baru ini.
Pelancaran itu adalah bersempena program Membaca 1Malaysia bertemakan Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan bertujuan meningkatkan kesedaran membaca di kalangan penumpang kereta api.
Bahan-bahan bacaan yang dikumpul itu kemudiannya akan ditempatkan dalam gerabak KTMB bagi kemudahan para penumpang membaca.
Lokasi lain Bank Buku adalah Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Stesen Keretapi Ipoh.
Sumber : Utusan Malaysia
Last Update : 17 May 2012 @ 12:43 pm