FAQ | Webmail | Login | Bahasa Malaysia | English   search    |    oku
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
jata  rac

LAMAN WEB RASMI
PERBADANAN ASET KERETAPI

  logo   "Mengungguli
Pengurusan Aset
Keretapi Negara"

PENGURUSAN HARTANAH


Berikut adalah soalan lazim berkenaan pengurusan hartanah oleh RAC.
Sila klik pada soalan berkenaan untuk merujuk setiap jawapan. 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 603-8733 2020 
atau e-mel kepada kami di aduan[at]rac[dot]gov[dot]my

Bagaimanakah cara untuk memohon sewa tanah/aset keretapi?

Orang awam/syarikat boleh memohon sewa tanah keretapi dengan mengisi borang PAK/H-01 yang boleh didapati di laman web www.rac.gov.my atau datang sendiri ke pejabat Perbadanan Aset Keretapi di alamat seperti yang tertera di dalam laman web tersebut.

Berapa lama tempoh kelulusan sesuatu permohonan sewa?

Kelulusan akan diperolehi dalam tempoh 60 hari bekerja

Bagaimanakah untuk mengetahui pemilikan tanah keretapi?

Pemohon yang ingin memohon sewa tanah keretapi boleh membuat semakan pelan tapak yang dipohon di Pejabat Tanah dan Daerah kawasan berkenaan atau membuat carian rasmi di pejabat ini dengan bayaran RM50 bagi setiap permohonan.

Apakah prosedur yang perlu dipatuhi bagi sesuatu permohonan?

Pemohon hendaklah mengisi borang PAK/H-01 dan disertakan dengan salinan kad pengenalan pemohon, gambar lokasi dan salinan pelan tapak. Bagi permohonan syarikat hendaklah turut disertakan salinan Memorandum of Articles dan salinan undang-undang tubuh kecil.

Bagaimanakah kadar sewa sesuatu kawasan tapak ditetapkan?

Kadar sewa merupakan kadar sewa semasa dan akan ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta setelah kelulusan diperolehi dalam Mesyuarat jawatankuasa Sewaan dan Pajakan Tanah-tanah Keretapi.

 


  •  
  • Print
  • Email this page

PenafianPeta laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hubungi Kami | Arkib
 
QRCODE Perbadanan Aset Keretapi (Railway Assets Corporation)
No 29G, Blok B, Jalan TKS1, Kajang Sentral Business Park, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
No Tel: 603-8733 2020
No Faks: 603-8733 2222 / 6018
Emel: aduan[at]rac[dot]gov[dot]my 
  Hakcipta Terpelihara 2014 Perbadanan Aset Keretapi.
Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozila Firefox 3.6 ke atas, Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024 x 768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal.