FAQ | Webmail | Login | Bahasa Malaysia | English   search     oku
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
jata  rac

LAMAN WEB RASMI
PERBADANAN ASET KERETAPI

  logo   "Mengungguli
Pengurusan Aset
Kereta Api Negara"

Info Korporat


Perbadanan Aset Keretapi (RAC) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) berkuatkuasa pada 1 Ogos 1992. Perbadanan ini telah diwartakan melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992 dan mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan program pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM). RAC ditubuhkan hasil daripada langkah Kerajaan untuk mengkorporatkan pentadbiran KTM – sebuah agensi milik Kerajaan yang diwujudkan untuk membantu industri perkeretapian Negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara-negara maju. Hasrat ini dilaksanakan melalui penggubalan Akta Keretapi 1991 dan pemansuhan Ordinan Keretapi 1948.

PENERAJU RAC

RAC diterajui oleh tujuh (7) orang Lembaga Pengarah bukan eksekutif terdiri daripada wakil-wakil pelbagai Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan Pelantikan kesemua Lembaga Pengarah RAC adalah selaras dengan Seksyen 89(2) Akta Keretapi 1991 (Akta 463) yang mana ianya perlu dilantik oleh Menteri Pengangkutan seperti berikut:

  • Seorang wakil Kementerian Pengangkutan;
  • Seorang wakil Perbendaharaan;
  • Seorang wakil Unit Perancang Ekonomi;
  • Ketua Pengarah Tanah dan Galian;
  • Pengurus Besar Perbadanan Aset Keretapi hendaklah menjadi anggota ex-officio; dan
  • Tidak lebih daripada dua orang anggota lain.

FUNGSI RAC

Tugas dan tanggungjawab RAC adalah seperti berikut:

  • Meletakkan pengurusan aset, hak dan liabiliti Pentadbiran KTM sebelum 1 Ogos 1992 kepada RAC supaya syarikat pengganti (KTMB) bebas daripada tanggungan hutang dan kos-kos bukan operasi yang membebankan;
  • Melaksanakan tanggungjawab memaju dan memajukan semula infrastruktur kereta api supaya syarikat pengganti iaitu KTMB dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada operasi dan perkhidmatan kereta api di negara ini; dan
  • Membiayai pembangunan infrastruktur kereta api yang telah dipertanggungjawabkan melalui sumber-sumber yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti penyewaan, pajakan dan peruntukan Kerajaan.

LOGO RAC

maksud logo rac

 


  •  
  • Print
  • Email this page

Jumlah Pelawat : 147769 Tarikh Kemaskini : 21-06-2018

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: write failed: No space left on device (28)

Filename: Unknown

Line Number: 0

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/var/lib/php/session)

Filename: Unknown

Line Number: 0