FAQ | Webmail | Login | Bahasa Malaysia | English   search     oku
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
jata  rac

LAMAN WEB RASMI
PERBADANAN ASET KERETAPI

  logo   "Mengungguli
Pengurusan Aset
Kereta Api Negara"

PERUTUSAN PENGURUS BESAR

Salam Kegemilangan,
Selamat datang ke laman web rasmi RAC.

Dunia tanpa sempadan dan kemajuan pesat dunia siber hari ini sering menjadi hambatan kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan untuk bersaing dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat moden yang inginkan segala-galanya berada di hujung jari.

Pendedahan mengenai kira-kira hanya 7 atau 0.65 peratus laman web Kementerian dan Agensi Kerajaan yang mendapat status lima bintang daripada 1,192 portal atau laman web dalam Laporan Penilaian Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia 2009 jelas menggambarkan angka laman web yang mendapat kualiti tinggi adalah sangat kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan.

Sehubungan itu, RAC tidak mahu ketinggalan dalam mengejar arus kemodenan jalur lebar ini akan sentiasa meningkatkan kepekaan kepada perubahan-perubahan yang berlaku di dalam dunia teknologi maklumat. Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pembangunan aset-aset keretapi adalah penting untuk RAC memberikan maklumat yang tepat dan perkhidmatan yang cekap bagi menepati keperluan ‘stakeholders’ dan para pelanggannya.

Pengenalan wajah baru laman web ini adalah bagi menggantikan laman web RAC yang telah diperkenalkan sebelum ini. Maklumat yang terperinci mengenai Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Hartanah yang menjadi ‘core business’ RAC, diharap dapat dijadikan rujukan kepada para pengguna dan seterusnya akan meningkatkan kecekapan organisasi ini dalam aspek penyampaian perkhidmatan kepada para pelanggannya.

Saya menaruh harapan yang tinggi melalui pengenalan laman web yang baharu ini, RAC dapat menyumbang ke arah merealisasikan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang didokong kepimpinan Perdana Menteri.

Saya mengalu-alukan pandangan yang membina bagi memantapkan lagi maklumat dan kemudahan yang disediakan di dalam laman web ini. Selamat melayari portal RAC, gerbang maklumat pengurusan aset anda.

 


DR KANG TONG HUM,
PENGURUS BESAR,
PERBADANAN ASET KERETAPI.

 

 


  •  
  • Print
  • Email this page

Jumlah Pelawat : 147769 Tarikh Kemaskini : 21-06-2018

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: write failed: No space left on device (28)

Filename: Unknown

Line Number: 0

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/var/lib/php/session)

Filename: Unknown

Line Number: 0