FAQ | Webmail | Login | Bahasa Malaysia | English   search    |    oku
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
jata  rac

LAMAN WEB RASMI
PERBADANAN ASET KERETAPI

  logo   "Mengungguli
Pengurusan Aset
Keretapi Negara"

Pengurusan Hartanah


 

Penyewaan

RAC memproses permohonan penyewaan tanah keretapi daripada individu/syarikat yang ingin mengusahakan tanah tersebut bagi tujuan komersil dan pertanian untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun dengan pilihan sambungan.Syarat-syarat bagi permohonan penyewaan tanah rizab/hakmilik kereta api :

a) Jenis - jenis Penyewaan
  1. Penyewaan Jangka Masa Pendek
PEMOHON Individu / Syarikat / Pertubuhan / Sekolah / Rumah Ibadat
JENIS TANAH KERETA API Tanah hak milik atau rizab
TUJUAN Aktiviti komersial dan bukan komersial termasuk pertanian
KELULUSAN Mesyuarat Jawatankuasa Penyewaan dan Pajakan Tanah RAC
TEMPOH MASA PENYEWAAN Tidak melebihi tiga tahun
LOKASI PENYEWAAN
  • Tanah di sepanjang jajaran kereta api pada jarak keselamatan melebihi 40 kaki dari landasan.
  • Tanah Poket
  • Bangunan (gudang/ruang dalam stesen)
STRUKTUR Sementara atau separa kekal
KADAR SEWA
  • Kadar sewa bulanan atau sewa tahunan berdasarkan nilai sewa pasaran yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi tujuan komersial.
  • Kadar sewa nominal bagi penyewaan yang bukan bertujuan komersial.

 
 

Klik disini untuk muat turun Borang Penyewaan (PAK/H-01)
Klik disini untuk muat turun Contoh Pelan Peta Penyewaan Tapak

Pajakan

RAC memproses permohonan pajakan tanah keretapi dari individu/swasta yang ingin mengusahakan tanah tersebut bagi tujuan pembangunan, komersil dan pertanian bagi tempoh melebihi 3 tahun.
  • Jangka Masa Panjang
PEMOHON Individu / Syarikat
JENIS TANAH KERETA API Tanah hak milik atau rizab
TUJUAN Pembangunan dan aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan kereta api
KELULUSAN Ahli Lembaga Pengarah RAC dan Mesyuarat Jemaah Menteri
TEMPOH MASA PENYEWAAN Lima (5) tahun sehingga 99 tahun berdasarkan kepada kepeluan pajakan
KADAR SEWA Bayaran secara pukal, sewa bulanan atau sewa tahunan berdasarkan nilai pajakan yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

 

Klik disini untuk muat turun Borang Sewaan Pajakan (PAK-H-01)
Klik disini untuk muat turun Contoh Pelan Peta Penyewaan Tapak

Tumpang Lalu

RAC memproses permohonan tumpang lalu (wayleave) dari individu/swasta yang ingin menggunakan tanah tersebut secara sementara bagi tujuan tertentu untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun (tempoh penyewaan tumpang lalu boleh diberi secara bulan ke bulan).

Tumpang lalu ialah kebenaran yang diberikan oleh RAC kepada semua agensi Kerajaan / swasta / syarikat / individu untuk menggunakan tanah kereta api sama ada secara merentasi atau sebarang penggunaan di atas tanah sebagai contoh untuk pembinaan / pelebaran jalan raya / lebuh raya, pembinaan jambatan, menanam atau merentang kabel utiliti dan sebagainya. Setiap kebenaran tumpang lalu akan dikenakan bayaran sekali guna sebagai ganti rugi atas kehilangan hak RAC untuk menduduki tanah yang terlibat. Bayaran perbelanjaan tahunan juga akan dikenakan kepada pengguna. Kadar bayaran kini dan perbelanjaan tahunan adalah berdasarkan kepada lokasi dan keluasan tanah.  

Pelepasan / Penyerahan balik

Pelepasan / penyerahan balik tanah keretapi kepada Kerajaan Negeri / Agensi Kerajaan Persekutuan dilakukan setelah menerima permohonan daripada pihak terbabit yang mempunyai kepentingan awam seperti tujuan pelebaran jalan raya. RAC tidak dibenarkan untuk menimbang permohonan pelepasan tanah keretapi kepada individu/pihak swasta.

Penguatkuasaan

RAC menjalankan aktiviti pemantauan ke atas tanah-tanah kereta api dari semasa ke semasa untuk mencegah pencerobohan oleh setinggan dan aktiviti komersil/pertanian. Tindakan penguatkuasaan akan diambil kepada pihak yang menceroboh tanah kereta api.

Unit penguatkuasaan terlibat secara langsung dalam kerja awalan sebelum sesuatu projek dilaksanakan bagi mengeluarkan semua halangan yang terdiri daripada setinggan pelbagai kategori (kediaman, Komersial, kediaman komersial, dewan orang ramai, rumah ibadat dan semua aktiviti pertanian yang berada di atas tanah kereta api. Pelaksanaan ini memerlukan bancian dilakukan, mengeluarkan notis, mendapatkan Notis 425 dan 426 Kanun Tanah Negara (KTN) daripada Pentadbir Tanah Daerah, mengadakan bancian bagi mengenal pasti penerima bayaran pampasan (kepada setinggan kediaman sahaja), meroboh, membersih dan seterusnya memberikan tapak kosong kepada pelaksana projek.
 

  •  
  • Print
  • Email this page

PenafianPeta laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hubungi Kami | Arkib
 
QRCODE Perbadanan Aset Keretapi (Railway Assets Corporation)
No 29G, Blok B, Jalan TKS1, Kajang Sentral Business Park, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
No Tel: 603-8733 2020
No Faks: 603-8733 2222 / 6018
Emel: aduan[at]rac[dot]gov[dot]my 
  Hakcipta Terpelihara 2014 Perbadanan Aset Keretapi.
Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozila Firefox 3.6 ke atas, Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024 x 768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal.