Perutusan Pengurus Besar

 Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang ke laman web rasmi PAK

Dunia tanpa sempadan dan kemajuan pesat dunia siber hari ini sering menjadi hambatan kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan untuk bersaing dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat moden yang inginkan segala-galanya berada di hujung jari.

Pendedahan mengenai kira-kira hanya 7 atau 0.65 peratus laman web Kementerian dan Agensi Kerajaan yang mendapat status lima bintang daripada 1,192 portal atau laman web dalam Laporan Penilaian Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia 2009 jelas menggambarkan angka laman web yang mendapat kualiti tinggi adalah sangat kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan.

Sehubungan itu, PAK tidak mahu ketinggalan dalam mengejar arus kemodenan jalur lebar ini akan sentiasa meningkatkan kepekaan kepada perubahan-perubahan yang berlaku di dalam dunia teknologi maklumat. Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pembangunan aset-aset keretapi adalah penting untuk PAK memberikan maklumat yang tepat dan perkhidmatan yang cekap bagi menepati keperluan ‘stakeholders’ dan para pelanggannya.

Pengenalan wajah baru laman web ini adalah bagi menggantikan laman web PAK yang telah diperkenalkan sebelum ini. Maklumat yang terperinci mengenai Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Hartanah yang menjadi ‘core business’ PAK, diharap dapat dijadikan rujukan kepada para pengguna dan seterusnya akan meningkatkan kecekapan organisasi ini dalam aspek penyampaian perkhidmatan kepada para pelanggannya.

Saya menaruh harapan yang tinggi melalui pengenalan laman web yang baharu ini, PAK dapat menyumbang ke arah merealisasikan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang didokong kepimpinan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Saya mengalu-alukan pandangan yang membina bagi memantapkan lagi maklumat dan kemudahan yang disediakan di dalam laman web ini. Selamat melayari portal PAK, gerbang maklumat pengurusan aset anda.

ENCIK ABDUL KADIR AB LATIFF
PENGURUS BESAR PERBADANAN ASET KERETAPI

SOAL SELIDIK

  • Adakah anda tahu lokasi baru pejabat PAK

    Loading ... Loading ...

Pelawat

  • Sedang Melawat 6
  • Hari ini 191
  • Kemarin 323
  • Minggu ini 1729
  • Bulan ini 4540
  • Tahun ini 19012
  • Jumlah 77082
Jumlah Pelawat : 77082