Aktiviti

Aktiviti-Aktiviti Bahagian Pengurusan & Pembangunan Hartanah (Aset)
1-Penyewaan

PAK memproses permohonan penyewaan tanah keretapi daripada individu/syarikat yang ingin mengusahakan tanah tersebut bagi tujuan komersil dan pertanian untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun dengan pilihan sambungan.

2-Pajakan

PAK memproses permohonan pajakan tanah keretapi dari individu/swasta yang ingin mengusahakan tanah tersebut bagi tujuan pembangunan, komersil dan pertanian bagi tempoh melebihi 3 tahun.

3-Tumpang lalu

PAK memproses permohonan tumpang lalu (wayleave) dari individu/swasta yang ingin menggunakan tanah tersebut secara sementara bagi tujuan tertentu untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun (tempoh penyewaan tumpang lalu boleh diberi secara bulan ke bulan).

4-Pelepasan / Penyerahan balik

Pelepasan / penyerahan balik tanah keretapi kepada Kerajaan Negeri / Agensi Kerajaan Persekutuan dilakukan setelah menerima permohonan daripada pihak terbabit yang mempunyai kepentingan awam seperti tujuan pelebaran jalan raya. PAK tidak dibenarkan untuk menimbang permohonan pelepasan tanah keretapi kepada individu/pihak swasta.

5-Perolehan

PAK mengeluarkan tawaran sebut harga dan tender bagi tujuan menjual harta benda terpakai seperti kuarters, kayu landasan dan mendapatkan perkhidmatan/bekalan atau kerja-kerja penyelenggaraan aset seperti memotong rumput, pembersihan tanah-tanah keretapi, dan pemagaran tanah.

6-Penguatkuasaan

PAK menjalankan aktiviti pemantauan ke atas tanah-tanah keretapi dari semasa ke semasa untuk mencegah pencerobohan oleh setinggan dan aktiviti komersil/pertanian. Tindakan penguatkuasaan akan diambil kepada pihak yang menceroboh tanah keretapi.

7-Pelupusan
Aset-aset PAK yang tidak ekonomi atau tidak digunakan akan dilupuskan melalui 3 proses iaitu:

  1. Write off (dilupuskan terus)
  2. Penjualan (tender/sebut harga)
  3. Anugerah (pemberian secara hadiah)
8-Pembangunan

PAK akan membuat penilaian dan mengkaji cadangan-cadangan pembangunan di atas tanah keretapi sama ada secara perkeretapian atau komersil daripada pihak swasta berdasarkan keperluan pembangunan di kawasan tersebut. Pembangunan yang dirancang mestilah secara pajakan jangka panjang di mana mengikut polisi semasa Kerajaan yang tidak membenarkan penjualan/pelepasan tanah kepada pihak swasta. Melalui pembangunan ini, PAK akan menjana pendapatan secara jangka panjang.

Pengurusan Aset

SOAL SELIDIK

  • Adakah anda tahu lokasi baru pejabat PAK

    Loading ... Loading ...

Pelawat

  • Sedang Melawat 5
  • Hari ini 191
  • Kemarin 323
  • Minggu ini 1734
  • Bulan ini 4545
  • Tahun ini 19017
  • Jumlah 77087
Jumlah Pelawat : 77087