Pembangunan Hartanah

Berikut adalah soalan lazim berkenaan pembangunan hartanah oleh PAK.
Sila klik pada soalan berkenaan untuk merujuk setiap jawapan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 603-8733 2020
atau e-mel kepada kami di administrator[@]rac.gov.my

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tanah keretapi?

Tanah keretapi terbahagi kepada dua bahagian iaitu Tanah Berhakmilik dan Tanah rizab.

  1. Tanah Berhakmilik
    1. Tanah berhakmilik boleh digunakan bagi tujuan perkeretapian atau pembangunan bercampur bergantung kepada syarat nyata di dalam geran hakmilik. Walau bagaimanapun, keutamaan adalah kepada industri perkeretapian bagi sebarang pembangunan yang dilaksanakan.
    2. Tanah berhakmilik terbahagi kepada 2 iaitu :
      1. Kekal
      2. Pajakan Negeri (99/999 tahun )
  2. Tanah rizab
    1. Tanah rizab hanya boleh dimajukan bagi tujuan perkeretapian sahaja.
    2. Tanah rizab terbahagi kepada 3 iaitu :
      1. rizab berukur dan diwartakan
      2. rizab Berukur dan tidak diwartakan
      3. rizab tidak berukur dan tidak diwartakan

2. Berapakah jumlah Tanah Keretapi?

Tanah keretapi di seluruh Semenanjung Malaysia mempunyai keluasan 30,755.41 ekar. Keluasan tanah ini merangkumi tanah hakmilik (8,024.418 ekar), pajakan (1,062.858 ekar) dan rizab (20,606.097 ekar). Nilai tanah keretapi di Seluruh Semenanjung Malaysia adalah berjumlah RM 8,625,299,403.00 (penilaian pada tahun 2005).

3. Apakah jenis - jenis Tanah Keretapi?
  1. Tanah Poket (Pocket land)
    1. Tanah yang terpisah daripada operasi keretapi. Tanah ini pada masa dahulunya digunakan sebagai tapak kuarters atau sebagai kawasan kuari bagi kegunaan keretapi. Jumlah keluasan tanah poket adalah 1,431.84 ekar.
    2. Tanah ini amat sesuai untuk dimajukan dalam pelbagai bentuk pembangunan mengikut kelulusan Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tanah poket mempunyai nilai yang tinggi terutama pada kawasan bandar dan pusat perniagaan utama.
  2. Tanah "Surplus"
    1. Tanah yang bercantum dengan kawasan operasi keretapi samada digunakan atau tidak seperti di kawasan stesen keretapi dan sekitarnya. Jumlah keluasan tanah "surplus" adalah 2,791.16 ekar.
    2. Tanah ini berpotensi untuk menjana pendapatan samaada secara penyewaan jangka pendek atau pajakan jangka panjang atau pembangunan yang memberi keuntungan kepada industri perkeretapian.
    3. Tanah ini juga hanya dibenarkan pembangunan yang berhubungkait dengan industri perkeretapian contohnya pembangunan KL Sentral dan pelabuhan darat.
  3. Tanah Operasi (ROW)
    1. Tanah yang terlibat sepenuhnya dengan operasi keretapi seperti di laluan keretapi (landasan) dan juga sebahagian kawasan stesen keretapi. Jumlah keluasan tanah beroperasi (ROW) adalah 26,532,41 ekar.
    2. Tanah ini dirizabkan untuk kegunaan operasi keretapi. Walaubagaimanapun, hasil boleh dijana di sepanjang landasan dengan memastikan keselamatan operasi keretapi diambilkira jika penyewaan/pajakan diberikan.
4. Apakah potensi tanah-tanah keretapi yang masih belum dimajukan lagi?

Tanah-tanah keretapi yang belum dimajukan adalah terdiri daripada tanah poket, tanah 'surplus' dan tanah rizab di mana tanah-tanah ini adalah berpotensi bagi tujuan pembangunan kerana :

  1. Tanah-tanah keretapi adalah terletak di lokasi yang strategik iaitu berdekatan dengan stesen-stesen komuter, LRT dan Monorail, kawasan bandar, pelabuhan dan lain-lain di mana ia menjadi tumpuan orang ramai kerana kemudahan pengangkutan awam yang efisien, ekonomik dan mudah kepada kawasan sekitarnya.
  2. Permohonan cadangan pembangunan yang berstatus tanah rizab harus berkonsepkan 'perkeretapian' di mana cadangan tersebut perlu melibatkan pembinaan stesen komuter atau integrasi stesen (komuter, LRT-PUTRA, LRT-STAR atau Monorail) bagi memenuhi penggunaan tanah tersebut.

5. Bagaimanakah hendak memajukan tanah keretapi?

Tanah-tanah keretapi boleh dimajukan melalui cadangan-cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh pihak swasta, agensi Kerajaan atau melalui Rancangan Malaysia (RMK) kepada pihak Perbadanan Aset Keretapi. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dipatuhi bagi permohonan cadangan pembangunan di atas tanah keretapi :

Langkah 1:

Pemaju perlu mengenalpasti tanah yang hendak dibangunkan adalah hakmilik Perbadanan Aset Keretapi sebelum mengemukakan sebarang permohonan kepada Unit Pembangunan ataupun menyemak status tanah tersebut melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri atau di Unit Pembangunan, pejabat Perbadanan Aset Keretapi. Langkah 2:

Pemaju perlu mengemukakan cadangan pembangunan secara bertulis (surat rasmi) kepada Pengurus Besar, Perbadanan Aset Keretapi dengan melampirkan maklumat-maklumat berikut:

  1. Profil Syarikat :
    • Maklumat Syarikat
    • Latar Belakang Syarikat
      • Sasaran (goal), objektif, sejarah syarikat, eksekutif, carta organisasi, jumlah pekerja, jenis perniagaan atau bidang yang dijalankan, maklumat kewangan dan pengalaman syarikat (projek yang telah dan sedang dijalankan)
    • Lain-lain
      • Sijil-sijil dan anugerah, senarai pelanggan, berita-berita mengenai syarikat dan penglibatan aktiviti-aktiviti komuniti.
  2. Kertas Cadangan Pembangunan :
    • Tajuk cadangan pembangunan
    • Pelan kunci dan pelan lokasi tapak cadangan
    • Isu, tujuan dan objektif cadangan pembangunan
    • Konsep cadangan pembangunan (jenis pembangunan, rekabentuk bangunan - termasuk komponen yang dicadangkan, pelan konsep (conceptual plan) atau pelan induk (master plan) jika ada)
    • Pulangan pelaburan (ROI) sama ada dalam bentuk 'Tunai' atau 'In-Kind'
    • Lampiran lain-lain (Keratan rentas, perspektif, 3D model dan lain-lain)

6. Bilakah permohonan cadangan pembangunan akan diproses?

Cadangan pembangunan akan diproses setelah Perbadanan Aset Keretapi menerima surat permohonan dan maklumat-maklumat daripada pemohon. Pihak Perbadanan Aset Keretapi akan mengkaji permohonan tersebut dan pemohon akan menerima maklum balas dalam tempoh 90 hari bekerja.

7. Apakah proses yang perlu dilalui bagi kelulusan cadangan pembangunan?

Cadangan pembangunan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pembangunan Perbadanan Aset Keretapi sebelum dibawa kepada Lembaga Pengarah PAK untuk mendapatkan pandangan/ulasan. Jika Lembaga Pengarah PAK bersetuju, kertas cadangan pembangunan akan dibawa kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi penyediaan Kertas Jemaah untuk pertimbangan.

SOAL SELIDIK

  • Adakah anda tahu lokasi baru pejabat PAK

    Loading ... Loading ...

Pelawat

  • Sedang Melawat 8
  • Hari ini 191
  • Kemarin 323
  • Minggu ini 1736
  • Bulan ini 4547
  • Tahun ini 19019
  • Jumlah 77089
Jumlah Pelawat : 77089