Orang awam/syarikat boleh memohon sewa tanah keretapi dengan mengisi borang PAK/H-01 yang boleh didapati di laman web www.rac.gov.my atau datang sendiri ke pejabat Perbadanan Aset Keretapi di alamat seperti yang tertera di dalam laman web tersebut.
Kelulusan akan diperolehi dalam tempoh 60 hari bekerja
Pemohon yang ingin memohon sewa tanah keretapi boleh membuat semakan pelan tapak sesuatu kawasan di pejabat Tanah dan Daerah kawasan berkenaan atau membuat carian rasmi di pejabat ini dengan bayaran RM50 bagi setiap permohonan.
Pemohon hendaklah mengisi borang PAK/H-01 dan disertakan dengan salinan kad pengenalan pemohon, gambar lokasi dan salinan pelan tapak. Bagi permohonan syarikat hendaklah turut disertakan salinan Memorandum of Articles dan salinan undang-undang tubuh kecil.
Kadar sewa merupakan kadar sewa semasa dan akan ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta setelah kelulusan diperolehi dalam Mesyuarat jawatankuasa Sewaan dan Pajakan Tanah-tanah Keretapi.
Hakcipta Terpelihara © 2010 Perbadanan Aset Keretapi.