Skip to main content

Saucony The Maze 2026: 20 Kelab Larian Berentap Di Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Bagi Saucony, The Maze bukan sekadar tentang siapa yang paling pantas, tetapi juga tentang bagaimana larian mampu menyatukan orang ramai dalam satu pengalaman yang dikongsi bersama.

Itulah yang berlaku apabila Saucony Malaysia menganjurkan The Maze buat kali pertama di Malaysia, dengan Stesen Keretapi Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi acara lari berganti-ganti global tersebut.

Bukan sekadar perlumbaan, The Maze menghimpunkan komuniti larian dalam format berkumpulan yang mencabar, sambil memperkenalkan pengalaman baharu yang menggabungkan sukan, budaya dan gaya hidup.

Dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Aset Keretapi (RAC) Malaysia, acara ini menyaksikan 20 kelab larian bersaing di laluan khas sekitar stesen bagi merebut gelaran juara.

Kawasan platform dan laluan pejalan kaki stesen turut menjadi sebahagian daripada pengalaman perlumbaan, sekali gus memberikan nafas baharu kepada bangunan warisan itu sebagai ruang pertemuan komuniti.

Berlatarbelakangkan salah satu mercu tanda bersejarah Kuala Lumpur, The Maze membawa konsep larian keluar daripada trek perlumbaan tradisional.

 
Compiled from: