Skip to main content

Stesen Kereta Api Seremban baharu siap Mac 2027

SEREMBAN – Pembinaan Stesen Kereta Api Seremban baharu (Stesen Seremban Sentral) kini mencapai kemajuan 35 peratus dan dijangka siap pada Mac tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, projek bernilai hampir RM100 juta itu kini memasuki fasa pembinaan struktur utama selepas kerja paling mencabar iaitu cerucuk berjaya disiapkan.

“Kini kerangka bangunan sudah siap dipasang dan kontraktor sedang memasang bumbung, platform serta komponen lain,” katanya selepas lawatan kerja ke Stesen Kereta Api Seremban, hari ini.

Menurutnya, stesen baharu itu akan diintegrasikan dengan bangunan stesen lama yang selesai menjalani kerja-kerja pemulihan bernilai RM8 juta pada Jun lalu.

Katanya, bangunan berusia lebih 100 tahun itu kini dipulihkan sepenuhnya termasuk sistem pendawaian dan bekalan elektrik baharu serta pembaikan menara jam yang menjadi mercu tanda bandar Seremban.

“Apabila siap, penumpang akan menikmati kemudahan dua laluan masuk dan kawasan menurunkan penumpang di bahagian hadapan Jalan Tunku Antah serta belakang stesen bagi memudahkan akses ke platform.

 
Compiled from: