[16 Januari 2024] EBERANG PERAI, 16 Jan 2024 - YB Dato' Seri Sundarajoo A/L Somu EXCO Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang dan YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Aset Keretapi (RAC) mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan penduduk Kampung Manis yang terletak di atas sebahagian Lot 286, Lot 65 dan Lot 67, Bandar Prai, Seberang Perai Tengah, di sini.
erdahulu, mereka hadir bersama YAB Tuan Chow Kon Yeow Ketua Menteri Pulau Pinang dan YB Loke Siew Fook Menteri Pengangkutan bagi menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman Antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) bagi pembangunan kawasan tersebut yang merupakan tanah kereta api berstatus hak milik Perbadanan ini. Untuk ketahui lebih lanjut boleh klik disini.
[19 Januari 2024] SEREMBAN, 19 Jan 2024 - Ketua Pegawai Eksekutif RAC YBhg. Dato' Azhar Ahmad hadir ke pengumuman kerja naik taraf Stesen Keretapi Seremban yang diadakan melalui Majlis Pelancaran Stesen Seremban Sentral di sini, hari ini. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook dan dihadiri juga Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan.
Majlis ini merupakan langkah awal dan simbolik bagi memastikan Seremban Sentral menjadi hab pengangkutan awam bersepadu di Negeri Sembilan. Projek menaik taraf stesen ini tidak akan menjejaskan ‘facade’ atau reka bentuk asal bangunan tersebut atas dasar memelihara nilai sejarah selaras dengan status bangunan tersebut sebagai bangunan warisan. Untuk ketahui lebih lanjut boleh klik disini.
Railway Assets Corporation