FAQ | Webmail | Login | Bahasa Malaysia | English       oku
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
  rac

LAMAN WEB RASMI
PERBADANAN ASET KERETAPI
Mengungguli Pengurusan Aset Keretapi Negara

 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

INFO KORPORAT

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam erti kata lain, RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretaapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretaapian di negara-negara maju. Hasrat ini dilaksanakan melalui penggubalan Akta Keretapi 1991 dan pemansuhan Ordinan Keretapi 1948.

Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.

Selain bertindak sebagai pengurus dan pentadbir bagi aset-aset kereta api, RAC turut mengambil alih semua liabiliti yang ditanggung oleh pentadbir KTM bagi membolehkan syarikat pengganti beroperasi tanpa sebarang bebanan hutang. Ini bermakna, RAC berperanan sebagai caretaker dan perancang perniagaan untuk menjaga dan menterjemahkan aset-aset kereta api kepada sesuatu harta yang bernilai dan mampu menjana pendapatan yang berterusan kepada Kerajaan. Keputusan Kerajaan untuk mengkorporatkan KTM menjadi KTMB adalah untuk mengurangkan kebergantungan industri perkeretaapian negara kepada Kerajaan sepenuhnya.

Pada tahun 2015, penjenamaan semula imej dan wajah baharu Perbadanan ini telah dilaksanakan di bawah Program Bulan Transformasi PAK 2015. Intipati pelaksanaan jenama baharu ini bertujuan untuk menonjolkan imej korporat dan sifat global agar ianya bersesuaian dengan fungsi dan peranan RAC yang semakin mencabar terutama dalam aspek memperkasakan sektor rel di negara ini.

Selaras dengan itu, Perbadanan ini telah melakukan penjenamaan semula dengan mewujudkan logo, nama panggilan dan warna korporat baharu bagi menyesuaikan Perbadanan ini dengan peranannya. Kesemua identiti korporat ini telah digunakan secara rasmi pada 19 November 2015.

Kronologi

 

PENERAJU RAC

RAC diterajui oleh tujuh (7) orang Lembaga Pengarah bukan eksekutif terdiri daripada wakil-wakil pelbagai Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan Pelantikan kesemua Lembaga Pengarah RAC adalah selaras dengan Seksyen 89(2) Akta Keretapi 1991 (Akta 463) yang mana ianya perlu dilantik oleh Menteri Pengangkutan seperti berikut:

  • Seorang wakil Kementerian Pengangkutan;
  • Seorang wakil Perbendaharaan;
  • Seorang wakil Unit Perancang Ekonomi;
  • Ketua Pengarah Tanah dan Galian;
  • Pengurus Besar Perbadanan Aset Keretapi hendaklah menjadi anggota ex-officio; dan
  • Tidak lebih daripada dua orang anggota lain.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB RAC

maksud logo rac
maksud logo rac

  •  
  • Print

Jumlah Pelawat : 650649 Tarikh Kemaskini : 29-05-2023