FAQ | Webmail | Login | Bahasa Malaysia | English  
    oku
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
jata  rac

OFFICIAL WEBSITE
RAILWAY ASSETS CORPORATION
Excellence In National Railway Assets Management

image
FAQ
image
Contact Us
image
Feedback
image
Sitemap

PERUTUSAN PENGURUS BESAR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Laman sesawang diibaratkan sebagai nama, jenama, dan medium yang dapat memperkenalkan peranan dan fungsi sesebuah organisasi  secara lebih meluas dan sistematik. Melalui laman sesawang, maklumat mengenai perkidmatan atau produk yang ditawarkan oleh sesebuah  organisasi dapat disampaikan dengan cara yang lebih mudah dan interaktif. Medium ini juga merupakan saluran penyebaran maklumat  berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh RAC melalui teknologi maklumat. Mengambil pendekatan itu, Perbadanan Aset Keretapi (RAC)  telah mengambil inisiatif menggunakan laman sesawang www.rac.gov.my bertujuan untuk memperkenalkan peranan dan fungsi Perbadanan  ini sebagai pengurus dan pemilik aset keretapi milik Kerajaan kepada masyarakat. RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di  bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1992 di bawah Akta Keretapi 1991. RAC berperanan sebagai  pemilik dan pengurus kepada aset-aset kereta api di negara ini merangkumi tanah kereta api, bangunan, stesen, depoh, dan infrastruktur  serta  rolling stock. RAC bertanggungjawab untuk memaju dan memajukan semula infrastruktur kereta api negara turut diberi penekanan agar  fungsi RAC kekal relevan selaras dengan pekembangan industri pengangkutan rel di negara ini. Semoga maklumat yang dipaparkan di laman  sesawang ini dapat memberi pemahaman yang jelas kepada anda semua mengenai peranan RAC dalam industri perkeretapian negara.  Selaku pemilik dan pengurus aset, RAC memiliki tanah kereta api seluas 12,446 hektar di seluruh Semenanjung Malaysia dan merupakan  antara aset terbesar yang dimiliki oleh Perbadanan ini. Ditambah pula dengan kedudukan tanah-tanah ini yang terletak di sepanjang jajaran  kereta api dan beberapa kawasan strategik di dalam kawasan bandar telah menjadikan RAC sebagai agensi yang penting dalam menyokong  pembangunan sektor perkeretapian di negara ini. Adalah menjadi harapan saya agar orang ramai dapat memahami peranan dan fungsi yang  dimainkan RAC dalam usaha Perbadanan ini menyediakan asas yang kukuh dalam membantu Kerajaan memperkasakan sektor  perkeretapian  negara. Peranan tersebut kini sedang diterjemahkan melalui pembangunan tanah-tanah kereta api yang berpotensi melalui  konsep Pembangunan Berasaskan (Transit Oriented Development) Selain itu, RAC akan terus memperkukuhkan aktiviti komersial yang telah  menjadi teras perniagaan utama kepada Perbadanan ini sejak ia ditubuhkan. Selain penerangan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan  oleh RAC, laman sesawang ini juga menyediakan beberapa perkhidmatan bagi memudahkan orang ramai berurusniaga dengan Perbadanan  ini, Antaranya muat turun borang permohonan bagi tujuan penyewaan, pengiklanan tender dan sebut harga. Selain itu, laman sesawang ini  turut dilengkapi dengan maklumat perhubungan pegawai-pegawai di RAC bagi memudahkan tuan/puan berurusan dengan kami. Akhir kata,  saya sangat mengalu-alukan orang ramai untuk mengemukakan sebarang pandangan dan cadangan dalam usaha menambah baik dan keberkesanan laman sesawang ini. Sebarang maklum balas, pandangan dan saranan boleh diajukan kepada info@rac.gov.my agar laman sesawang ini terus menjadi medium yang berkesan dan bermanfaat kepada semua pihak. Akhir kata, selamat datang dan selamat melayari www.rac.gov.my

Sekian, terima kasih.

 

ADAM BIN ABU HANIPAH

Pengurus Besar Perbadanan Aset Keretapi (RAC)


  •  
  • Print
  • Email this page

Total Visitor : 354488 Last Updated : 21-10-2020