e-Penyertaan meningkatkan ketelusan dan melibatkan rakyat dalam pembangunan dasar dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.
Polisi e-PenyertaanPolisi ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Kerajaan Malaysia untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur. Objektif penyertaan ini adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Undian Portal, Penyertaan Umum, Maklum balas Portal (Maklum balas/pertanyaan/aduan/cadangan, Kajian Kepuasan Pelanggan dan Media Sosial Kerajaan Malaysia iaitu Facebook,Twitter, Instagram dan Youtube. Kerajaan Malaysia amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:
|