FAQ | Webmail | Login | Bahasa Malaysia | English  
    oku
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

Kereta api berkelajuan tinggi hubungkan Malaysia-Singapura siap 2020

Kereta api berkelajuan tinggi hubungkan Malaysia-Singapura siap 2020PUTRAJAYA, 7 April 2014: Perdana Menteri Malaysia dan Singapura hari ini menegaskan bahawa kereta api berkelajuan tinggi yang dicadang menghubungkan republik itu dan Kuala Lumpur, akan siap mengikut jadual pada 2020.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedua-dua kerajaan menyedari hakikat bahawa projek berkenaan merupakan rancangan yang besar dan kedua-dua kerajaan bekerja keras ke arah menepati tarikh akhir itu.

Beliau berkata projek yang dicadangkan itu akan meningkatkan sambungan merentas sempadan antara kedua-dua negara.

“Saya rasa terlalu awal untuk kita menyemak semula garis masa pada peringkat ini. Kita mahu ia menjadi sasaran, supaya kita akan menjadi sangat fokus dan kedua-dua kerajaan akan tertumpu ke arah tarikh sasaran 2020, ” kata beliau.

Najib berkata fasa pertama kajian kejuruteraan bersama bagi membangunkan penjajaran yang mungkin bagi projek itu dan cadangan bagi Sistem Transit Rel (RTS) yang menghubungkan Singapura dan Johor Bahru telah siap.

“Nanti akan tiba masa untuk kita membuat keputusan mengenai pilihan terbaik. Kita mempunyai 27 pilihan kemungkinan untuk menjadikan RTS sebagai sistem pengangkutan yang paling cekap dan berkesan yang akan memberi manfaat kedua-dua negara,” kata beliau.

Beliau berkata Malaysia akan membuat keputusan tidak lama lagi mengenai lokasi RTS di Johor Bahru.
Najib dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong, menghadiri mesyuarat delegasi tertutup sebelum sidang akhbar berkenaan.

Lee berkata para pegawai kedua-dua negara terpaksa bekerja keras dan sangat fokus untuk memastikan projek kereta api berkelajuan tinggi ini dilaksanakan.
“2020 adalah sasaran yang baik. Adalah suatu yang mencabar untuk mencapainya tetapi saya tidak fikir kita perlu melonggarkannya lagi,” kata beliau.

Lee berada di Malaysia sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kelima. Beliau tiba semalam, diiringi isterinya Ho Ching, dan pegawai-pegawai kanan Singapura.

Najib berkata destinasi akhir kereta api berkelajuan tinggi di Malaysia ialah di Bandar Malaysia, di mana terletaknya pangkalan Tentera Udara sekarang ini.

Bagi Singapura, Lee berkata terdapat tiga kemungkinan bagi destinasi akhir sambungan rel di Singapura iaitu di Tuas West, Jurong East dan bandar raya.

“Saya memaklumkan beberapa pertimbangan dan kemungkinan kepada Perdana Menteri Malaysia. Ini yang kami sedang usahakan dan kami akan membuat keputusan tahun ini atau berikutnya,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura, kedua-dua perdana menteri menggesa kumpulan kerja kereta api berkelajuan tinggi itu supaya bekerja bersungguh-sungguh ke arah memenuhi mandatnya pada 2020.

Pemukiman kelima itu, yang diadakan di sini, adalah platform untuk kedua-dua pemimpin berbincang kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Mesyuarat terakhir berlangsung di Singapura pada Februari tahun lepas, yang menyaksikan mereka bersetuju pada sambungan kereta api berkelajuan tinggi di antara republik dan Kuala Lumpur, yang akan mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua negara dengan ketara kepada hanya 90 minit.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeretaapiberkelajuantinggihubungkanMalaysia-Singapurasiap2020/Article/


  •  
  • Print
  • Email this page

DisclaimerSite Map | Privacy Policy | Security Policy | Contact Us | Archive
 
TodayToday28 Total VisitorTotal Visitor791217 
Total Visitor : 791217 Last Updated : 05-05-2024
QRCODE Perbadanan Aset Keretapi (Railway Assets Corporation)
No 29G, Block B, Jalan TKS1, Kajang Sentral Business Park,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel No: 603-8733 2020
Faks No: 603-8733 2222 / 6018
E-mail: aduan[at]rac[dot]gov[dot]my  
  All Rights Reserved 2014 Railway Assets Corporation.
Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by using the information in this site. Best viewed using Mozila Firefox 3.6, Internet Explorer 8.0 or Google Chrome with 1024 x 768 screen resolution.
Adobe Flash Player and Adobe Reader is needed to view certain application on this portal