FAQ | Webmail | Login | Bahasa Malaysia | English  
    oku
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

70 kubur dipindahkan

2013-12-23 14.45.28KLUANG: Sebanyak 70 kubur di Tanah Perkuburan Islam Ladang Kempas, Kelebang, Paloh di sini, dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam FELCRA Sungai Sepuluh, Paloh untuk memberi laluan kepada pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE).

Kerja pemindahan selama tiga bermula Isnin lalu dan berakhir hari ini dilakukan penduduk pekan Paloh di bawah pengawasan Jabatan Agama Islam Johor dan wakil daripada Perbadanan Aset Keretapi (PAK).

Penyelia Tanah Perkuburan Islam Daerah Kluang Rosman Supaat berkata, keseluruhan kerja pemindahan dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang halangan khasnya daripada waris di mati yang dikebumikan di situ.

Menurut Rosman, daripada 70 kubur yang dipindahkan, hanya 14 waris dapat dikenal pasti kerana sebahagian besar yang dikebumikan di situ adalah mereka yang meninggal dunia sejak 1950 dan yang terbaru adalah pada 2002.
“Memandangkan tanah perkuburan ini terletak di atas tanah rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) maka ia seharusnya dipindahkan ke tempat lain supaya kerja pembinaan landasan berkembar itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah berbangkit khasnya daripada waris si mati.
“Kelancaran kerja pemindahan juga banyak dibantu oleh waris yang datang menunjukkan sendiri kedudukan kubur di mati memandangkan kebanyakan kubur tidak mempunyai nisan dan hanya ditanda menggunakan botol dan pokok bunga,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Ladang Kempas, Kelebang, Paloh tadi.

Rosman berkata, kerja pemindahan kubur masyarakat Islam di dalam daerah Kluang yang terbabit dengan PLBE akan dilaksanakan secara berperingkat sebelum kerja projek berkenaan bermula dijangka awal 2014.

“Esok, kami akan melakukan pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam Jalan Mengkibol dan semua jenazah di situ akan di kebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Manan, Kluang.

“Waris yang mempunyai saudara dikebumikan di tanah perkuburan itu dan belum dihubungi digesa menghubungi pihak kami di Jabatan Agama Islam Johor Cawangan Kluang bagi memastikan kerja pemindahan berjalan lancar,” katanya


  •  
  • Print
  • Email this page

DisclaimerSite Map | Privacy Policy | Security Policy | Contact Us | Archive
 
TodayToday42 Total VisitorTotal Visitor791231 
Total Visitor : 791231 Last Updated : 05-05-2024
QRCODE Perbadanan Aset Keretapi (Railway Assets Corporation)
No 29G, Block B, Jalan TKS1, Kajang Sentral Business Park,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel No: 603-8733 2020
Faks No: 603-8733 2222 / 6018
E-mail: aduan[at]rac[dot]gov[dot]my  
  All Rights Reserved 2014 Railway Assets Corporation.
Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by using the information in this site. Best viewed using Mozila Firefox 3.6, Internet Explorer 8.0 or Google Chrome with 1024 x 768 screen resolution.
Adobe Flash Player and Adobe Reader is needed to view certain application on this portal