Penyewaan & Pajakan
Penyewaan Yang Tidak Dibenarkan

Tumpang Lalu
Untuk permohonan, sila klik ke pautan www.rails.gov.my
Pengiklanan
PAPAN IKLAN
RAC memproses penyewaan papan iklan daripada perseorangan atau syarikat yang ingin menggunakan tanah hakmilik/ rizab RAC, jambatan atau bangunan milik RAC untuk mendirikan struktur papan iklan bagi tujuan komersial . Tawaran sewaan hanya diberi tempoh selama atau tidak melebihi tiga tahun dengan sambungan. Setiap kebenaran ke atas papan iklan akan dikenakan bayaran sekali setahun. Kadar bayaran tahunan dan cagaran tahunan adalah berdasarkan kepada jenis paparan, keluasan dan lokasi yang dimohon.
Bagi setiap permohonan untuk mendirikan papan iklan, RAC mengenakan bayaran seperti berikut:


MENARA TELEKOMUNIKASI
RAC memproses sewaan untuk mendirikan struktur menara telekomunikasi di atas tanah hak milik RAC/ rizab keretapi daripada syarikat yang dilantik oleh SKMM /MCMC. Permohonan sewaan ini adalah untuk tujuan komersial bagi tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dengan pilihan sambungan. Pembinaan semua menara telekomunikasi hendaklah berpandukan kepada jarak minimum yang seperti berikut :-
Ketinggian Menara Bawah Daripada 45 meter
Jarak ke Bangunan Kediaman/Institusi (Kemudahan) | : 20 meter |
Jarak ke Bangunan Perdagangan | : 10 meter |
Jarak ke Bangunan Industri | : 5 meter |
Jenis – jenis Menara Telekomunikasi
- 3 Legged Tower
- Lamp Pole Tower
- RDS Tower
- Tree Pole Tower
- Monopole Tower
Untuk permohonan, sila klik ke pautan www.rails.gov.my
Pentadbiran Tanah Kereta Api
Pemantauan & Penguatkuasaan
Pelupusan
Aset-aset RAC yang tidak ekonomi atau tidak digunakan akan dilupuskan melalui 3 proses iaitu:
- Write off (dilupuskan terus)
- Penjualan (tender/sebut harga)
- Anugerah (pemberian secara hadiah)
Aset - aset yang dilupuskan
Senarai aset kereta api yang dipantau dan dilupuskan adalah seperti berikut: