Skip to main content

Peruntukan RM100 juta untuk Projek Stesen Sentral Seremban, jangka siap Mac depan

SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan (MOT) memperuntukkan RM100 juta untuk Projek Stesen Sentral Seremban yang dijangka siap menjelang Mac tahun depan.

Menteri, Anthony Loke, berkata Stesen Sentral Seremban bakal menyediakan sebuah fasiliti pengangkutan serba moden, canggih dan kontemporari, namun tetap mengekalkan nilai warisan serta kebudayaan tempatan menerusi reka bentuk bumbung Minangkabau.

"Projek ini adalah satu stesen moden yang akan menjadi mercu tanda baharu di tengah-tengah Bandaraya Seremban.

"Ia direka bentuk sebagai 'bangunan hijau' yang memaksimumkan pencahayaan semula jadi, dilengkapi ruang komersial baharu serta mengintegrasikan projek Pembangunan Berasaskan Transit (TOD) Sentral Seremban di bahagian belakang stesen," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Stesen KTMB Seremban, di sini,

Dalam perkembangan berkaitan, Loke berkata kejayaan pemulihan stesen lama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Seremban yang kini berusia lebih 100 tahun menerusi peruntukan RM8 juta daripada Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

Beliau berkata, projek konservasi yang bermula tiga tahun lalu itu sudah pun siap sepenuhnya sejak Jun lalu, sekali gus menyelamatkan struktur stesen bersejarah berkenaan yang sebelum ini berada dalam keadaan menyedihkan akibat kayu reput dan kerosakan menara jam.

 
Compiled from: