Langkau ke kandungan utama

Projek stesen baharu kereta api Seremban Sentral dijangka siap Mac 2027 : Loke

KUALA LUMPUR – Projek stesen baharu kereta api Seremban Sentral kini mencapai kemajuan 35 peratus dan dijangka siap pada Mac 2027, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurut Loke, apabila siap kelak, stesen tersebut mampu menampung sekitar 30,000 penumpang sehari dengan perancangan untuk dikembangkan daripada tiga kepada enam platform pada masa depan, sekali gus meningkatkan kapasiti sehingga 120,000 penumpang sehari.

Loke berkata stesen bernilai RM100 juta itu, yang akan diintegrasikan dengan Stesen Kereta Api Seremban yang berusia lebih satu abad, telah melepasi fasa pembinaan paling mencabar dan kerja-kerja kini akan dipercepatkan.

“Pada peringkat awal, kerja agak perlahan..ini kerana kerja piling itu memakan masa lama dan mereka perlu mendapat lokasi piling yang sangat tepat dan pendawaian, kabel dekat bawah tanah itu perlu dialihkan dan sebagainya, itu sebabnya kerja awalan memakan masa panjang.

“Selepas selesai, kerja pembinaan akan dipercepatkan termasuk pemasangan bumbung, struktur kaca dan kemasan lain..projek ini sangat mencabar, namun setelah lebih dua tahun, ia sudah masuk fasa yang mana piling sudah siap,”

“Apabila stesen ini siap, kita akan dapat meningkatkan kekerapan perkhidmatan KTM Komuter dan ETS. Salah satu strategi kita ialah menggalakkan lebih ramai orang tinggal di Seremban sambil berulang-alik ke Lembah Klang menggunakan pengangkutan rel,” katanya, lapor Bernama.

 
Compiled from: