Langkau ke kandungan utama

Environmental

Tab Content

BERGERAK KE ARAH PENGANGKUTAN SIFAR BERSIH

  • Inisiatif Road To Rail

    Pada masa ini, lebih daripada 90% pengangkutan kargo domestik dikendalikan melalui jalan raya. Kebergantungan yang tinggi ini menyumbang kepada peningkatan kos logistik, kesesakan lalu lintas, serta pelepasan karbon yang tinggi. Selain itu, terdapat peningkatan signifikan dalam jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan berat. Sehubungan dengan itu, RAC mengambil langkah strategik dengan menyokong inisiatif "Road to Rail" yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui tiga pendekatan utama:

    PENINGKATAN INFRASTRUKTUR

    Membangunkan enam terminal hab kargo di lokasi strategik iaitu Pasir Gudang (Johor), Mengkibol (Johor), Pulau Sebang (Melaka), Senawang (Negeri Sembilan), Merapoh (Pahang), dan Stesen Behrang (Perak). Pembangunan hab kargo ini dijangka mampu mengendalikan lebih 400,000 TEU setahun serta mengurangkan kira-kira 700,000 perjalanan (trip) lori di jalan raya.

    Kerjasama Awam-Swasta

    Menjalin kolaborasi strategik bersama pengendali logistik dan pemain industri bagi mengoptimumkan kos pembinaan fasiliti serta kemudahan industri kargo, sekali gus mengurangkan beban kewangan Kerajaan.

    Integrasi Digital

    Memastikan setiap hab kargo dilengkapi dengan aplikasi dan teknologi terkini bagi menambah baik sistem penjadualan rel (rail freight scheduling) dan sistem pengesanan (tracking system) yang lebih efisien.

    Pelaksanaan inisiatif "Road to Rail" ini bukan sahaja bertujuan menyediakan rangkaian logistik yang lebih cekap, malah berperanan dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan serta mewujudkan ekosistem pengangkutan yang lebih hijau dan selamat bagi negara.

  • Pemasangan solar panel dan EV

    Selaras dengan komitmen untuk menyokong agenda Pelepasan Karbon Sifar Bersih (Net Zero) menjelang tahun 2050, Railway Assets Corporation (RAC) telah menggerakkan inisiatif penggunaan tenaga boleh baharu dan mobiliti rendah karbon melalui dua projek utama:

    SOLAR PV

    Selaras dengan aspirasi untuk memperkukuh agenda kelestarian, RAC memperkenalkan inisiatif pemasangan sistem Solar Photovoltaic (Solar PV) sebagai salah satu pemacu utama transformasi tenaga dalam pengurusan aset kereta api. Inisiatif ini mengutamakan penggunaan tenaga boleh baharu, peningkatan kecekapan tenaga dan pengoptimuman aset bagi menyokong peralihan ke arah masa depan yang lebih hijau, cekap dan lestari.

    Pemasangan sistem Solar PV telah dilaksanakan di 12 lokasi strategik yang merangkumi 9 stesen kereta api dan 3 depoh. Sistem ini dijangka mula beroperasi secara komersial pada suku keempat tahun 2026, sekali gus memperkukuh peranan RAC dalam menyokong peralihan kepada tenaga hijau dan pembangunan infrastruktur yang lebih mampan.

    Lokasi-lokasi yang terlibat:

    Depoh Keretapi Bukit Mertajam
    Depoh Keretapi Bukit Mertajam
    Stesen Batang Kali
    Stesen Batang Kali
    Stesen Keretapi Kampar
    Stesen Keretapi Kampar
    Stesen Keretapi Rasa
    Stesen Keretapi Rasa
    Stesen Keretapi RASA
    Stesen Keretapi Rasa
    Stesen Keretapi Tjg Malim
    Stesen Keretapi Tanjung Malim
    Stesen Keretapi Tjg Malim2
    Stesen Keretapi Tanjung Malim

    PENYEDIAAN FASILITI PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (EV)

    Selaras dengan komitmen RAC dalam memperkukuh agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta menyokong aspirasi negara ke arah pembangunan rendah karbon, RAC telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Pengecas Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle Charger, EV Charger) di aset-aset strategik dan stesen kereta api terpilih.

    Pemasangan EV Charger yang pertama di Sentral RAC menjadi langkah permulaan kepada usaha membangunkan ekosistem mobiliti hijau di rangkaian aset kereta api. Pelaksanaan ini bukan sahaja menyediakan kemudahan pengecasan yang lebih mudah diakses oleh pengguna kenderaan elektrik, malah meningkatkan nilai tambah aset RAC melalui penyediaan infrastruktur moden, mampan dan berdaya saing, sejajar dengan keperluan mobiliti masa hadapan.

    Bagi memperluaskan inisiatif ini, RAC kini sedang membangunkan fasiliti EV Charger di stesen-stesen kereta api terpilih bagi meningkatkan kemudahan kepada pengguna perkhidmatan rel. Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan RAC dalam memperkasa penggunaan teknologi hijau, memperkukuh infrastruktur pengangkutan mampan serta menyokong pembangunan sistem rel yang lebih cekap, mesra alam dan berdaya tahan.

    Inisiatif ini bukan sahaja menjana nilai tambah kepada aset sedia ada RAC, malah memperkukuhkan peranan stesen kereta api sebagai Hab Pengangkutan Mampan yang mesra alam dan berteknologi tinggi.

Parent Content
Tab Image
Environmental (E)